Tips Percutian di Cameron Highlands untuk Seisi Keluarga

Terkenal dengan udara sejuk serta kehijauan alam, Cameron Highland adalah tempat yang sempurna untuk percutian keluarga.

Dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, berikut adalah tips untuk memastikan percutian keluarga anda di Cameron Highland menjadi satu kenangan yang tak mungkin anda lupa!

Tips & Guide untuk Percutian Di Cameron Highlands yang Menyeronokkan untuk Seisi Keluarga!

Bagi keluarga yang inginkan pengalaman menyeronokkan dan penuh bermakna, Cameron Highlands adalah destinasi percutian yang tepat.

Jom baca panduan percutian kami untuk memastikan anda dan keluarga menikmati setiap detik ketika bercuti di Cameron Highlands!

Lawati Ladang Teh Boh di Sungai Palas

Merasai angin sejuk sambil menikmati secawan teh yang segar adalah pengalaman yang tidak boleh dilepaskan di Ladang Teh Boh di Sungai Palas.

Sambil itu, anda boleh dapatkan pengetahuan unik tentang proses penanaman dan penghasilan teh sambil merasai teh segar dari ladang teh BOH.

Anda juga boleh membeli teh BOH dalam pelbagai rasa sebagai cenderamata untuk rakan-rakan.

Tips Percutian di Cameron Highlands untuk Seisi Keluarga

Credit: Tripadvisor.com.my

Alamat:
Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 054962096
Laman Web:
 bohtea.com

   

Bergambar di Cameron Highlands Flora Park

Cameron Highlands Flora Park adalah antara tarikan yang sesuai untuk keluarga yang gemar dengan keindahan alam semula jadi.

Terdapat kebun bunga yang indah dan beraneka ragam di sini, dan anak-anak pasti akan gembira melihat warna-warni bunga yang mekar.

Ambil peluang untuk bergambar dan merakam kenangan bersama keluarga di antara landskap yang menakjubkan.

Tips Percutian di Cameron Highlands untuk Seisi Keluarga

Credits: thelocaltravelguide.com, IG: @ch_flora_park, Tripadvisor.com.my, Klook.com

Alamat:
Lot 191, 39010 Brinchang, Pahang
Telefon: 0126543657
Laman Web: cameronflorapark.com.my

  

Aktiviti Menarik di Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden di Cameron Highlands menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Mini zoo di Green View Garden ini menjadi tumpuan utama pelancong di sini.

Anda dapat memperkenalkan anak-anak kepada pelbagai haiwan yang comel dan menghiburkan seperti arnab dan kambing.

Untuk anak-anak yang lebih menyukai cabaran, terdapat juga aktiviti perahu dayung atau boat paddling yang menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan.

Selain itu, di Green View Garden juga ada menyediakan tempat makan menarik di Cameron Highlands iaitu Green View Cafe dan Avant Cafe.

Sesuai untuk makan tengahari bersama keluarga selepas melakukan aktiviti-aktiviti.

Restoran di sini menawarkan citarasa western dan Jepun yang memikat selera, membolehkan keluarga menikmati sajian yang lazat dalam suasana taman yang menenangkan.

Jangan lupa mengakhiri lawatan anda di Green View Garden dengan mencuba ais krim istimewa, yang direka khas untuk memikat hati kanak-kanak dengan pelbagai rasa yang menyegarkan dan bentuk yang menarik.

Tips Percutian di Cameron Highlands untuk Seisi Keluarga

Alamat:
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.
Telefon: 05-498 1982
Laman Web: www.greenviewgarden.com

   

Meneroka Keunikan Pasar Malam Cameron Highlands

Sesuai untuk aktiviti berkeluarga pada waktu petang, Pasar Malam Brinchang adalah antara tempat yang tidak boleh anda lepaskan untuk kunjungi!

Sambil menjelajah gerai-gerai, keluarga anda boleh mencuba pelbagai juadah tempatan yang lazat dan pelbagai street food menarik di Cameron Highlands.

Selain bunga dan sayur-sayuran, anda juga membeli barang-barang cenderahati di sini sebagai kenangan.

Tips Percutian di Cameron Highlands untuk Seisi Keluarga

Credits: IG: @foodstory.my/@metatts, siakapkeli.my, percutianbajet.com

Alamat:
12, Jalan Golden Hills 1, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang


Percutian di Cameron Highlands Yang Menyeronokkan bersama Keluarga

Percutian di Cameron Highlands boleh menjadi pengalaman yang luar biasa jika anda merancang dengan bijak.

Pastikan untuk melibatkan seisi keluarga anda dalam perancangan anda dan nikmati setiap detik bersama.

Dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan yang menakjubkan, Cameron Highlands adalah destinasi yang sempurna untuk berkongsi kebahagiaan bersama keluarga anda.

Selamat bercuti!

Nikma satu hari yang tidak dapat dilupakan Cameron Highlands termasuklah melawati Green View Garden!


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia