
Cameron highland untuk cuti raya memang pilihan ramai yang nak suasana beraya yang lebih sejuk, santai dan tenang.
Daripada pemandangan ladang teh hingga spot OOTD viral, banyak tempat menarik di Cameron Highland yang sesuai untuk keluarga, pasangan dan kawan-kawan.
Kalau anda tengah merancang nak raya di Cameron Highland atau nak buat short trip masa cuti Aidilfitri, ini senarai tempat menarik di Cameron Highland yang wajib masuk dalam itinerary anda.
#1 Tempat Cantik di Cameron Highland untuk OOTD Raya
Lavender Garden Cameron Highlands

Source: facebook.com/Lavender Garden, Cameron Highlands
Kalau nak cari tempat viral Cameron Highland untuk ambil gambar raya, Lavender Garden memang antara yang paling popular. Warna ungu bunga lavender yang memenuhi kawasan taman buat gambar nampak cantik dan ceria.
Tempat ini selalu jadi pilihan pelancong yang nak ambil gambar keluarga atau OOTD raya.
Kenapa tempat ini wajib singgah
Tempat ini penuh dengan bunga berwarna-warni dan ada banyak sudut bergambar. Selain lavender, ada juga bunga lain yang buat kawasan ini nampak sangat hidup dan segar. Ramai pelancong kata ini antara tempat best di Cameron Highland untuk ambil gambar.
Waktu Operasi: Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket Masuk:
• Dewasa: RM20
• Kanak-kanak: RM10
#2 Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Healing
BOH Tea Plantation

Source: tripadvisor.com.my
Kalau tanya orang tempatan apa yang menarik di Cameron Highland, ramai akan jawab ladang teh BOH. Pemandangan bukit hijau yang luas memang buat hati rasa tenang.
Cameron highlands masa raya, ramai pelawat datang ke sini untuk berjalan santai sambil menikmati udara sejuk.
Kenapa tempat ini wajib singgah:
Pemandangan ladang teh yang luas dan cantik menjadikannya salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang paling ikonik. Anda juga boleh minum teh panas sambil menikmati view dari cafe di atas bukit.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin: 8.30am – 4.30pm
Harga Tiket Masuk: Percuma
#3 Tempat Makan Sedap Semasa Beraya di Cameron Highlands
Opah Strawberries & Jams

Source: Google Reviews photos
Kalau anda mencari tempat makan yang santai dan unik, Opah Strawberries memang menarik untuk singgah. Tempat ini terkenal dengan hidangan berasaskan strawberi segar dari ladang sendiri.
Ramai pelawat datang ke sini untuk sarapan atau minum petang sebagai tempat santai di Cameron Highland.
Kenapa tempat ini wajib singgah:
Selain makanan yang sedap, suasana ladang strawberi buat pengalaman makan jadi lebih istimewa. Ia juga sering masuk dalam senarai tempat menarik di Cameron Highland untuk food hunting.
Waktu Operasi: Setiap hari: 8.00am – 11.00pm
Harga Tiket Masuk: Percuma
#4 Tempat Menarik di Cameron Highland Percuma
Kea Farm Market

Source: Google Reviews photos
Nak cari tempat menarik di Cameron Highland percuma? Kea Farm Market adalah pilihan yang paling popular.
Pasar ini penuh dengan sayur segar, bunga, buah strawberi dan pelbagai produk tempatan. Ramai pelancong datang untuk jalan-jalan santai sambil membeli buah tangan.
Kenapa tempat ini wajib singgah:
Ini antara tempat percuma di Cameron Highland yang meriah dengan suasana pelancong. Anda boleh rasa makanan tempatan, beli strawberi segar dan cari produk unik dari Cameron Highlands.
Waktu Operasi:
• Isnin – Jumaat: 7.00am – 7.00pm
• Sabtu – Ahad: 7.00am – 9.00pm
Harga Tiket Masuk: Percuma
#5 Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Green View Garden

Source: Google Reviews photos
Kalau bercuti bersama keluarga semasa raya di Cameron Highland, Green View Garden ialah antara tempat menarik yang semakin popular.
Di sini pengunjung boleh berjalan di taman bunga yang cantik, menikmati pencuci mulut strawberi segar dan meneroka pelbagai sudut menarik di sekitar taman.
Kenapa tempat ini wajib singgah:
Kanak-kanak akan teruja melihat pameran Dinosaur Chocolate dan mini petting zoo ada di sini. Sebab itu ramai pelawat memasukkan lokasi ini dalam senarai tempat menarik di Cameron Highland ketika bercuti atau beraya di Cameron Highlands.
Waktu Operasi:
• Isnin – Khamis: 9.00am – 6.00pm
• Jumaat – Ahad : 9.00am – 6.30pm
Harga Tiket Masuk: Percuma
#6 Tempat Shopping di Cameron Highland yang Popular
Cameron Centrum Mall

Source: Google Reviews photos
Kalau nak cari tempat shopping di Cameron Highland, Cameron Centrum Mall adalah antara tarikan terbaru yang semakin popular.
Tempat ini mempunyai konsep kawasan bandar kecil yang moden dengan cafe, restoran dan kedai-kedai menarik.
Kenapa tempat ini wajib singgah:
Selain makan dan shopping, kawasan ini juga sangat cantik untuk bergambar. Ramai pelawat anggap ia sebagai tempat terbaru di Cameron Highland yang wajib dilawat sekarang.
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket Masuk: Percuma
Jom Beraya di Cameron Highlands Tahun Ini
Dari ladang teh, taman bunga, pasar tempatan hingga tempat shopping moden, semuanya ada.
Lebih menarik lagi, anda juga boleh singgah ke Green View Garden, salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang semakin popular.
Di sini ada taman bunga, pengalaman coklat Avant Chocolate, pencuci mulut strawberi dan juga Dinosaur Chocolate Exhibition yang unik.
Kalau anda bercadang beraya di Cameron Highlands, sekarang masa yang sesuai untuk merancang perjalanan. Suasana sejuk, pemandangan cantik dan pelbagai tempat best ini memang buat percutian raya terasa lebih istimewa.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

