In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

TERKINI: Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Patut Dikunjungi!

Nak Bercuti di Cameron Highlands Tapi Semua Tempat Dah Pergi? Ini ‘Lokasi Rare’ yang Tak Ramai Orang Explore!

Umum mengetahui, Cameron Highlands atau ‘Tanah Tinggi Cameron’ adalah destinasi atau lubuk pelancongan yang paling popular di Malaysia. Tambahan pula, daerah dan pusat peranginan tanah tinggi ini telah menyediakan pelbagai sektor pelancongan yang menarik untuk diterokai, seperti penerokaan ekosistem, sukan, sejarah, dan beriadah. Percutian di Cameron Highlands akan lebih bermakna dan menakjubkan jika pelancong menerokai pelbagai benda baharu ketika bercuti.

Seperti tempat-tempat pelancongan yang lain, Green View Garden dan Avant Chocolate juga turut mempunyai nilai keistimewaan tersendiri yang boleh menarik perhatian pelancong untuk menerokainya. Disini, pelancong dapat merasai pelbagai pengalaman menarik seperti taman bunga, kebun strawberry, ladang lavender, makanan halal, aiskrim buatan tangan, kedai cenderamata dan juga jualan barangan produk tempatan.

Info: Green View Garden & Avant Chocolate

Green View Garden dan Avant Chocolate adalah tempat tarikan pelancong yang terletak di kawasan yang sama. Green View Garden terkenal dengan kecantikan rekaan dalaman yang kemas dan menarik, manakala Avant Chocolate pula adalah kilang pengeluaran coklat sendiri yang dikendalikan oleh Green View Garden.

Lokasi ini wajib dikunjungi ketika bercuti di Cameron Highlands, kerana ia terletak di Kampung Raja, lokasi yang terawal pelancong akan lalui sebelum pergi ke kawasan pusat bandar seperti Brinchang. Kemudahan asas yang disediakan juga cukup luas dan selesa untuk diterokai oleh pelancong. Pelancong tidak akan dikenakan sebarang bayaran di kawasan tempat letak kereta atau pintu masuk kerana ia adalah PERCUMA.

Percutian Terbaik di Cameron Highlands, Segalanya Ada Disini!

Green View Garden telah menawarkan pakej yang lengkap dan sesuai untuk pelancong yang mahukan percutian yang sukar untuk dilupakan. Hal ini kerana, lokasi ini amatlah sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga.

Disini, pelancong dewasa dan kanak-kanak boleh menerokai pelbagai aktiviti menarik seperti membelai dan memberi makan kepada haiwan ternakan, memetik buah-buahan (strawberry dan anggur), bermain boat paddling, memerhati burung-burung di dalam sangkar, dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti riadah, Green View Garden sangat terkenal dengan konsep dekorasi taman yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan, dan replika monumen yang unik dan estetik. Justeru itu, ramai pelancong datang kesini untuk merakam momen OOTD mereka di sini.

Cameron Highlands sangat terkenal dengan strawberry, dan ia adalah makanan wajib di cari ketika bercuti di Cameron Highlands. Oleh demikian, ramai pengusaha termasuk Green View Garden telah mencipta pelbagai jenis menu berasaskan strawberry. Namun begitu, Green View Garden terkenal dengan aiskrim buatan tangan yang dihasilkan oleh Avant Chocolate, masakan Barat dan Jepun. Sudah semestinya semua makanan yang dihidangkan adalah Halal.

Waktu beroperasi Avant Chocolate dan Green View Garden adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 6.30 petang.

Jika anda seorang pelancong yang inginkan percutian yang menakjubkan, maka Green View Garden adalah tempat yang sesuai untuk anda!


Source: Vorra Records – Green View Garden | Avant Chocolate | Cameron Highlands
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia