In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Wajib Kunjungi Ketika Bercuti di Cameron Highlands, Malaysia

Destinasi yang Sesuai untuk Bawa Keluarga Bercuti ke Cameron Highlands

Avant Chocolate adalah tempat menarik di Cameron Highlands untuk penggemar makanan manis yang terletak bersebelahan dengan Green View Garden. Lokasi ini terletak tidak jauh daripada kawasan Brinchang dan ia merupakan destinasi yang terawal anda akan jumpa jika anda melalui laluan Simpang Pulai.

Avant Chocolate dan Green View Garden sangat sesuai dikunjungi bagi mereka yang ingin beristirehat dan bersantai kerana kawasannya sangat tenang dan sejuk.

Green View Garden menyediakan pelbagai kemudahan asas yang mesra pengunjung dan senang untuk diakses, antaranya termasuklah kawasan tempat letak kereta yang luas, tempat menjamu selera, tempat beriadah, tempat membeli-belah dan banyak lagi.

Perkara Wajib Anda Lakukan Ketika Mengunjungi Avant Chocolate dan Green View Garden

Santapan menarik sesuai untuk semua citarasa

Avant Chocolate terkenal dengan hidangan pencuci mulut yang lazat dan hidangan tersebut dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar yang diperoleh daripada kawan tanaman Green View Garden. Antara hidangan yang anda wajib cuba di Avant Chocolate adalah aiskrim buatan tangan, strudel strawberry, smoothie strawberry dan pelbagai aneka kek yang boleh buat anda berasa rambang mata untuk memilih. Selain itu, Green View Garden turut menawarkan makanan menarik yang berasaskan konsep Western dan Japanese. Anda boleh merasai hidangan menarik ini di Green View Cafe dan Avant Cafe. Antara menu hidangan yang anda boleh dapati disini adalah pasta, sandwich, burger, udon, bento, takoyaki dan banyak lagi.

Aktiviti menarik sesuai untuk semua peringkat umur

Green View Garden adalah tempat yang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Hal ini kerana, Green View Garden telah menyediakan pelbagai aktivi menarik untuk para pengunjung khususnya dari golongan kanak-kanak. Berikut merupakan aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga tersayang:-

  • Mini Petting Zoo
  • Boat Paddling
  • Mengambil gambar berlatarbelakangkan ladang lavender
  • Memetik buah strawberry

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk membeli pelbagai jenis cenderamata di Green View Garden untuk dijadikan sebagai kenangan percutian anda di Cameron Highlands ini. Green View Garden bukan hanya menjual produk keluaran Avant Chocolate sahaja, malahan terdapat juga barangan tempatan yang anda boleh dapati disini. Waktu beroperasi Avant Chocolate dan Green View Garden adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 6.30 petang.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Avant Chocolate dan Green View Garden jika anda bercuti ke Cameron Highlands!


Source: Setanding TV –  AVANT CHOCOLATE | TRIP CAMERON *Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia