In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Wajib di Cameron Highlands untuk Percutian Keluarga [FREE Entry!]

Credit Photo: Google Reviews/ivan siaw

Jika anda mencari tempat wajib di Cameron Highlands untuk percutian keluarga, Green View Garden/Avant Chocolate adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan.

Terletak di Kampung Raja, taman ini menawarkan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, menjadikannya pilihan sempurna bagi keluarga yang ingin menikmati masa bersama dalam suasana sejuk.


Mengapa Green View Garden Menjadi Tempat Wajib di Cameron Highlands?

@fazzahrin
FREE je tak payah bayar masuk sini! Dah la tempat cantik sesuai betul nak berootd, ada tandas bersih plak tu, cafe makanan macam-macam menu ada, nak animal feeding pun ada. Berbaloi betul masuk FREE siapa nak bagi! 📍Green View Garden Cameron Highlands #aktivitihujungminggu #cutisekolah #Aidiladha #jalanjalan #cameronhighland #tempatmenarik #cuticutimalaysia #tempatmenarikuntukkanakkanak #fyp #foryou #CapCut
♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee

Green View Garden bukan sekadar taman biasa dan nak masuk sini FREE sahaja!

Tempat ini menawarkan pengalaman yang menarik dengan mini zoo, taman bunga, dan kilang coklat yang pasti memikat hati kanak-kanak dan orang dewasa.

Mereka juga menyediakan pelbagai kemudahan yang selesa, termasuklah ruang parkir yang luas dan tandas yang bersih.

Tempat Wajib di Cameron Highlands untuk Percutian Keluarga
Google Reviews/Benny Poh

Tempat Wajib di Cameron Highlands untuk Percutian Keluarga
Google Reviews/j c

Tempat Wajib di Cameron Highlands untuk Percutian Keluarga
Google Reviews/Zi Hong

Tempat Wajib di Cameron Highlands untuk Percutian Keluarga
Google Reviews/Raymond Lim

Aktiviti Keluarga Menarik di Green View Garden

Selain taman yang cantik untuk ber-OOTD, Green View Garden juga menawarkan aktiviti menyeronokkan seperti memberi makan haiwan serta menikmati coklat dan ais krim buatan sendiri menggunakan bahan tempatan yang segar.

Tempat ini juga mempunyai kafe dan restoran yang menyajikan makanan barat dan Jepun yang disahkan Halal oleh JAKIM.


@ceriluzvi


@yeutling


@candysin8788


@sri_pavvy

Dengan keindahan alam semulajadi dan aktiviti yang menyeronokkan, Green View Garden memang layak menjadi tempat wajib di Cameron Highlands untuk seisi keluarga.

Alamat:
Avant Chocolate Cameron Highlands
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.

Hubungi:
05-498 1982

Ikuti Kami:
 

Waktu Beroperasi:
10.00am – 6.00pm

Anda boleh rujuk profil Perniagaan Google kami untuk semak waktu operasi terkini.

Green View Garden Cameron Highlands


*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia