In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Travel Paling Best Untuk Jalan-Jalan Cari Makan [Edisi Cameron Highlands]

IG: @toonarmies_99.56.39

Sekiranya anda tinggal berhampiran Cameron Highlands, Malaysia, anda beruntung kerana terdapat banyak destinasi menarik untuk anda menjalankan misi jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands.

Cameron Highlands terkenal tidak hanya dengan makanan berasaskan teh dan strawberry, tetapi juga menawarkan pelbagai hidangan yang di-inspirasikan oleh gabungan citarasa Malaysia dan antarabangsa yang sesuai dengan trend masa kini.

Jika anda bercadang untuk melaksanakan rencana jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands bersama keluarga dan rakan-rakan, anda bolehlah rujuk tempat makan terbaik yang disertakan dibawah ini.


Jalan-Jalan Cari Makan: Green View Garden & Avant Chocolate

Tahukah anda, Avant Chocolate & Ice Cream yang terkenal dengan keunikan aiskrim dan coklat buatan sendiri adalah perusahaan yang dikendalikan oleh Green View Garden?

Maka, tidak hairanlah jika anda menemui kedua-dua lokasi ini terletak bersebelahan dan bersambungan antara satu sama lain.

Green View Garden Cameron Highlands merupakan antara destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari tempat makan menarik di Cameron Highlands.

https://www.tiktok.com/@fhazilanasir/video/7330602971706805506?_r=1&_t=8jWFpUut86i&social_sharing=1

Destinasi ini juga dianggap sebagai tempat travel yang telah lama bertapak di Kampung Raja, Cameron Highlands. Ia telah menarik perhatian ramai pengunjung tidak kira dari Malaysia atau negara luar.

Di sini, anda tidak perlu berebut-rebut dengan pengunjung lain jika ingin menjamu selera. Ini kerana Green View Garden mempunyai dua jenis restoran iaitu Green View Cafe dan Avant Cafe, yang menyajikan pelbagai menu yang membuatkan anda rambang mata untuk membuat pilihan.

Tempat Makan Best Berkonsepkan Worldwide Menu

Walau apa pun pilihan dan citarasa anda, sama ada makanan Barat, Jepun atau Asian Fusion, Green View Garden pasti mempunyai sesuatu yang sesuai dengan selera semua pengunjung.

Tempat Travel Paling Best Untuk Jalan-Jalan Cari Makan
@foodie_lina

Tempat Travel Paling Best Untuk Jalan-Jalan Cari Makan
@anson_ng98

Tempat Travel Paling Best Untuk Jalan-Jalan Cari Makan
@azrah_nn

Tempat Travel Paling Best Untuk Jalan-Jalan Cari Makan
@foodiemiranda


@netyfransisca


@netyfransisca


@netyfransisca


@home_and_away_food_channel

Green View Garden sangat menitikberatkan kualiti dengan menggunakan bahan-bahan tempatan dan berusaha untuk menghasilkan hidangan yang mampu membuat anda terpukau.

Sekiranya anda merancang untuk mengunjungi lokasi ini, anda disarankan untuk mencuba menu terbaru mereka iaitu Bear/Strawberry Pancakes, Karaage Salad, Korean Spicy Karaage, minuman Chocolate/Matcha Signature, dan banyak lagi.

Alamat:
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.
Phone: 05-498 1982
Website: www.greenviewgarden.com

   


*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia