In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Percutian Terhebat di Cameron Highlands, Malaysia

Adakah Anda Mencari Destinasi Percutian yang Menarik untuk Dikunjungi di Cameron Highlands?

Green View Garden merupakan destinasi percutian yang popular dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa. Terkenal sebagai destinasi terawal di Cameron Highlands untuk dilawati kerana ianya terletak di kawasan Kampung Raja.

Green View Garden turut dikenali sebagai kawasan pertanian dan perlancongan yang berkonsepkan reka bentuk moden yang dihiasi dengan bunga-bungaan.

Tahukah anda, selain daripada keindahan pemandangan yang unik dan berwarna-warni, Green View Garden juga menempatkan sebuah kilang produksi yang mengeluarkan jenama coklat sendiri iaitu Avant Chocolate.

Umum mengetahui, Cameron Highlands adalah kawasan pergunungan Malaysia yang sejuk dan amatlah sesuai untuk aktiviti pertanian beriklim sejuk seperti strawberry, lavender, sayur-sayuran dan banyak lagi.

Justeru itu, pelancong berpeluang untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan atau produk strawberry, lavender, sayur-sayuran, dan coklat yang dihasilkan sendiri oleh Green View Garden.

Lokasi Percutian yang Unik dan Menyeronokkan

Green View Garden menawarkan pengalaman yang unik dan menyeronokkan untuk pelancong. Tiket masuk ke Green View Garden adalah PERCUMA! Berikut merupakan beberapa aktiviti menarik yang boleh anda nikmati semasa lawatan anda ke Green View Garden:

  • Mini Petting Zoo
  • Boat Paddling
  • Zon bergambar
  • Aiskrim buatan tangan
  • Ladang strawberry
  • Ladang sayuran hidroponik
  • Pelbagai pilihan makanan Halal (Masakan Barat dan Jepun)

Kenapa Anda Wajib Singgah Green View Garden?

Susun atur dan reka bentuk Green View Garden direka dengan teliti bagi mewujudkan suasana yang ideal untuk pelancong bersantai dan juga beristirehat. Selain itu, Green View Garden adalah merupakan destinasi menarik untuk pelancong dari pelbagai peringkat umur dan sangat sesuai untuk keluarga menghabiskan masa bersama-sama sambil mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan. Selain daripada mencuba makanan kegemaran tempatan seperti strawberry segar, atau masakan Malaysia yang boleh didapati di Cameron Highlands, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai makanan Halal yang disediakan di Green View Cafe dan Avant Cafe. Reka bentuk Green View Garden yang unik dan berwarna-warni membuatkan pengunjung untuk tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan disini dengan menangkap atau merakam kawasan yang indah ini. Waktu Green View Garden dan Avant Chocolate beroperasi adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Jika anda inginkan sesuatu kelainan untuk percutian di Cameron Highlands, Green View Garden adalah lokasi terbaik untuk anda lawati!


Source: Puan Hazel –  GREEN VIEW GARDEN CAMERON HIGHLANDS *Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia