Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands

Tengah rancang percutian di Cameron Highlands tapi nak jimat?

Kami senaraikan beberapa tempat menarik masuk percuma di Cameron Highlands yang sesuai untuk percutian yang berbaloi.

Inilah antara tempat menarik di Cameron Highland yang bukan saja popular, tapi semuanya tanpa perlu bayar tiket masuk.


#1 Brinchang Night Market

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: travelswithsun.com

Brinchang Night Market atau ‘Pasar Malam Brinchang’ ialah antara tempat menarik di Brinchang yang wajib dikunjungi kalau datang ke Cameron.

Anda boleh nikmati pelbagai makanan tempatan, strawberi segar, jagung madu, teh Cameron, dan cenderamata.

Ramai pengunjung suka suasana sejuk dan meriah, sesuai untuk jalan-jalan santai waktu malam bersama keluarga.

Alamat: 25, Jln Golden Hills 7, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 4.00pm – 10.00pm

#2 Kea Farm Market

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: explorecamerons.com

Kalau anda cari tempat menarik di Cameron Highland masuk percuma, Kea Farm Market adalah antara yang paling terkenal.

Pasar tani ni penuh dengan hasil ladang segar seperti sayur, buah-buahan, bunga dan produk tempatan.

Ia juga sesuai untuk ambil gambar sebab suasana ladang dan gerai-gerai sangat cantik.

Alamat: 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 7.00am – 7.00pm

#3 Green View Garden

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: Google Reviews (ivan siaw, Pok deng)

Green View Garden ialah antara tempat menarik percuma di Cameron Highlands yang sesuai untuk sekeluarga.

Ada taman bunga yang cantik, ladang strawberi, paddle boat, petting zoo, dan kafe halal. Kanak-kanak boleh beri haiwan makanan, bergambar, dan bermain di taman.

Ramai pengunjung suka suasana tenang dan pemandangan Instagrammable yang sesuai untuk seisi keluarga.

Alamat: 609, Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010 Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari pukul 9.00am – 6.30pm

#4 Lata Iskandar Waterfall

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: tripadvisor.com

Kalau anda dari Tapah, Lata Iskandar adalah tempat menarik di Cameron Highland masuk percuma yang wajib singgah.

Air terjun yang indah ini jadi tempat rehat popular dengan pemandangan alam yang memukau.

Ramai pelancong singgah untuk bergambar, berehat, atau beli hasil hutan dari gerai tempatan.

Tapi perlu berhati-hati kerana kawasan berbatu boleh licin, dan tidak sesuai untuk mandi dengan anak kecil.

Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari 24 jam

#5 Robinson Falls

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: Google Reviews (Fernando Castelo, Jozef Šimko, Max Dagbert)

Robinson Falls ialah air terjun tersembunyi yang boleh diakses dari trek hutan ringan (Trail 9).

Tempat ini sesuai untuk pencinta alam yang ingin lari dari kesibukan bandar. Laluan agak curam, jadi lebih sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang aktif.

Ramai pelancong sukakan kebersihan dan ketenangan tempat ini, menjadikannya antara tempat best di Cameron Highland.

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari 24 jam

#6 Cactus Point

Tempat Menarik Masuk PERCUMA di Cameron Highlands
Credit Photos: tripadvisor.com.my

Cactus Point adalah antara tempat menarik di Cameron Highland yang ramai pelancong lawati.

Pengunjung boleh lihat pelbagai jenis kaktus dari kecil ke besar, ada yang berusia puluhan tahun!

Tempat ini sangat cantik untuk bergambar dan sesuai untuk anak-anak yang suka tumbuhan pelik dan unik.

Ia juga terletak berdekatan ladang strawberi dan taman-taman bunga lain di Brinchang.

Alamat: 42, Jalan, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari pukul 9.00am – 5.00pm


Jom ke Tempat Menarik di Cameron Highland Masuk Percuma

Kalau anda nak jimat tapi masih nak nikmati percutian menarik, simpan senarai ini.

Dari pasar tempatan, ladang bunga, ke air terjun – semuanya boleh dilawati tanpa bayaran.

Untuk pengalaman percutian paling santai dan menyeronokkan, jangan lupa singgah ke Green View Garden, antara tempat best di Cameron Highland yang mesra keluarga dan penuh aktiviti.

Jom rancang percutian di Cameron Highland hari ini dan nikmati keindahan alam tanpa perlu belanja besar!


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia