In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Lokasi Menarik di Kampung Raja, Cameron Highlands

Jika anda melalui laluan Simpang Pulai (dari Ipoh ke Cameron Highlands), anda dapat lihat Avant Chocolate dan Green View Garden yang terletak di sebelah kiri pemanduan anda. Lokasi ini merupakan tempat tarikan yang terawal anda akan jumpa apabila tiba di kawasan Cameron Highlands dan ianya merupakan salah satu tempat yang gemar dikunjungi oleh pengunjung untuk beristirehat dan bersantai.

3 Sebab Kenapa Anda Patut Kunjungi Avant Chocolate dan Green View Garden

Konsep dekorasi yang menarik dan menenangkan

Green View Garden dihiasi dengan pelbagai spesis flora yang menambahkan seri warna-warni dikawasan tersebut. Reka bentuk bangunan di Green View Garden juga mempamerkan suasana yang santai dan ia sangat sesuai untuk para pengunjung beristirehat dan menjamu selera. Justeru itu, tempat sebegini amatlah sesuai bagi mereka yang menginginkan ketenangan sambil meluangkan masa bersama yang tersayang kerana tempat ini jauh dari kesibukan kota disertakan sekali dengan cuaca yang sejuk dan nyaman.

Kemudahan fasiliti yang sesuai untuk semua generasi

Green View Garden juga menyediakan pelbagai fasiliti dan aktiviti-aktiviti menarik yang menjadi salah satu tumpuan utama pengunjung. Untuk makluman, setiap kemudahan yang disediakan disini amatlah sesuai diterokai oleh semua golongan dari pelbagai peringkat umur. Fasiliti yang disediakan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu tempat menjamu selera dan tempat beriadah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai cenderahati yang terdiri daripada produk tempatan seperti coklat buatan sendiri yang dihasilkan oleh Avant Chocolate.

Santapan menarik sesuai untuk semua citarasa

Green View Garden dan Avant Chocolate menyajikan pelbagai jenis menu pilihan yang boleh buat anda rambang mata. Hidangan yang dihasilkan adalah berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diperolehi dari taman Green View Garden. Anda boleh nikmati hidangan Western, Japanese dan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat sambil menghayati keindahan alam disekeliling anda.

Waktu Green View Garden dan Avant Chocolate beroperasi adalah pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Jangan lupa singgah Green View Garden dan Avant Chocolate jika anda bercuti di Cameron Highlans, Malaysia!


Source: Gnola79 Channel – AVANT CHOCOLATE & GREEN VIEW GARDEN CAMERON HIGHLANDS
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia