In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]

@greenie_woods

Sama ada hujung minggu atau cuti sekolah, pasti ada ibu bapa mungkin sudah merancang, atau masih berfikir untuk mengunjungi tempat-tempat best di Cameron Highlands.

Nak bawak anak-anak bercuti ke Cameron Highlands, tapi kalau asyik pergi tempat yang sama sahaja mesti anak-anak akan bosan?

Kini anda tidak perlu risau lagi kerana di sini kami akan memperkenalkan kepada anda salah satu tempat kid-friendly yang menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands.

Tempat yang akan kami perkenalkan ini bukan sahaja akan membantu menjimatkan masa perjalanan tetapi juga menjimatkan perbelanjaan anda


Tempat Best di Cameron Highlands (di Laluan Simpang Pulai)

https://www.tiktok.com/@erni.kongsi/video/7271874170798083329

Lokasi: Green View Garden Cameron Highlands

Alamat
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.

Telefon
05-498 1982

Waktu Operasi
9.00am – 6.30pm

   

Green View Garden, Cameron Highlands terletak di Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja.

Jika anda tinggal di kawasan Kuala Lumpur atau Ipoh dan melalui jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, anda akan dapati lokasi Green View Garden ini sebenarnya jauh lebih dekat berbanding dengan tempat pelancongan yang lain.

Maka, tidak hairanlah jika anda melihat ramai pengunjung yang suka singgah disini kerana ia amat terkenal sebagai check-point pertama ke Cameron Highlands.

Aktiviti Mesra Kanak-Kanak di Cameron Highlands Sesuai untuk Semua Peringkat Umur

Animal Petting Zoo & Sangkar Burung

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@mawar_safiya

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@jebardkeramat

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@jexusl

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@princess_candy_cookiess

Ini merupakan salah satu tarikan utama untuk pengunjung yang berkeluarga. Di sini, anda dapat melihat dan membelai pelbagai haiwan yang jinak seperti, ayam, itik, angsa, arnab, kambing, pelbagai jenis burung, dan banyak lagi.

Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan yang ada di Green View Garden ini dengan hanya mengenakan caj bayaran sebanyak RM4* sahaja.

Kanak-kanak digalakkan untuk mencuba aktiviti ini kerana ia boleh membantu mereka memahami dan menyayangi haiwan serta alam sekitar dengan lebih dekat.

Paddle Boat / Bot Kayuhan

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@joelynnlavigne

Tempat Best di Cameron Highlands Sesuai Untuk Kanak-Kanak [Kid-Friendly]
@chiemz172


@__s_im


@8travelbunny

Green View Garden turut menyediakan permainan yang mampu menarik mintak kanak-kanak yang menyukai aktiviti berkaitan dengan air.

Jangan risau, setiap aktiviti yang dilakukan disini akan sentiasa diawasi oleh orang yang berpengalaman.

Green View Cafe & Avant Cafe


@loke4food


@wyyanlim


@loke4food


@joelynnlavigne

Setelah penat bermain, anda boleh bawa anak-anak ke Green View Cafe atau Avant Cafe untuk menikmati pelbagai pencuci mulut sejuk dan menyegarkan.

Percutian ke Cameron Highlands tidak akan lengkap jika tidak mencuba pencuci mulut berasaskan strawberry, seperti aiskrim yang dihasilkan sendiri oleh Avant Chocolate, strudel strawberry, smoothies, kek, pastries, dan macam-macam lagi.

Di samping itu, anda juga boleh mencuba menu makanan Barat atau Jepun yang menarik dan diyakini Halal.

Merakam Memori Bersama Keluarga


@joelynnlavigne


@anne_nayan


@jaysonlaury


@anne_nayan

Bagi ibu bapa, setiap momen bersama keluarga sangat berharga dan rugi jika tidak dikumpulkan untuk tatapan pada masa hadapan.

Tahukah anda, tarikan utama di Green View Garden adalah taman bunga yang indah dengan pelbagai warna dan arca monumen menarik untuk bergambar.

Amatlah rugi jika anda tidak bergambar berlatarbelakangkan backdrops seperti anime Totoro, dinasour, istana, menara, dan banyak lagi.

Hiburan Menarik untuk Seisi Keluarga di Cameron Highlands

Bukan hanya kanak-kanak sahaja yang dapat nikmati keseronokan disini, malah ibu bapa atau orang dewasa yang lain juga boleh menikmati pelbagai tarikan yang menarik disini.

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba sesuatu yang baru dan luangkan setiap detik bersama yang tersayang.


*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia