tsuaatntBe
In the interest of the community
On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.
Cameron Highlands adalah tempat tumpuan destinasi pelancongan yang bukan sahaja terkenal di kalangan rakyat Malaysia, malah ia turut dikenali oleh pelancong dari luar negara.
Tidak hanya terkenal dengan keunikan kedudukan geografiknya yang bersuhu dingin, ladang teh hijau dan strawberi yang luas, Cameron Highlands turut menawarkan pelbagai makanan menarik kepada semua.
Percutian ke Cameron Highlands tidak akan lengkap jika tidak mencuba kepelbagaian menu makanan menarik di Green View Garden. Bagi anda yang merancang percutian ke Cameron Highlands, mari lihat senarai makanan menarik yang anda wajib cuba disini!
Port Makanan Menarik di Cameron Highlands – Green View Garden
Green View Garden sering kali menjadi lokasi pilihan kerana tempat ini sangat dikenali dengan keindahan taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kehidupan flora.
Namun, tahukah anda bahawa Green View Garden juga terkenal sebagai salah satu tempat makanan menarik di Cameron Highlands? Terdapat dua jenis restoran yang diusahakan oleh Green View Garden, iaitu Green View Cafe dan Avant Cafe.
Kedua-dua restoran ini telah diiktiraf sijil Halal, maka sudah semestinya makanan yang disediakan adalah bersesuaian dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam.
Menu Makanan Menarik Anda Patut Cuba
Makanan Barat/Western
Bagi anda yang menggemari makanan Barat atau Western, Green View Cafe menyediakan pelbagai menu pilihan yang sudah semestinya tidak akan mengecewakan anda.
Berikut merupakan hidangan yang selalu menjadi menu pilihan ramai di Green View Cafe:-
– Salmon Spaghetti in White Sauce
– Chicken Katsu in White Sauce
– Tuna/Chicken Sandwich
– Fish & Chips
– Mega Chicken Burger
Makanan Asian Fusion & Jepun
Jika anda teringin nak merasa makanan Asian Fusion atau Jepun, anda wajib mencubanya di Avant Cafe. Avant Cafe amatlah sesuai bagi mereka yang suka mencari sesuatu kelainan.
Berikut adalah senarai menu kegemaran ramai yang anda patut cuba:-
– Takoyaki
– Chicken Curry/Katsu Bento
– Chicken in Garlic Butter Sauce
– Seafood Udon Kimchi Soup
– Saba Teriyaki Bento
Hidangan Pencuci Mulut
Percutian di Cameron Highlands tidak akan lengkap jika anda tidak menikmati hidangan pencuci mulut yang berasaskan strawberi. Meskipun cuaca di Cameron Highlands sangat sejuk, namun itu tidak menghalang pengunjung untuk mencuba kepelbagaian menu makanan sejuk seperti ais kisar, smoothie, aiskrim dan banyak lagi.
Jika anda berpeluang mengunjungi Green View Garden, anda wajib mencuba hidangan pencuci mulut seperti berikut:-
– Chocolate Ice Cream Waffle
– Pelbagai jenis parfait
– Strawberry/Premium Strudel
– Magic Boom Boom
– Pelbagai jenis potongan kek
Selain daripada senarai diatas, Green View Garden turut mempunyai pilihan makanan lain yang best dan menarik untuk anda serbu makan di Cameron Highlands.
Justeru itu, tidak hairanlah jika Green View Garden ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk singgah berehat sebentar ketika dalam perjalanan pergi atau pulang dari Cameron Highlands.
Source: Lemon8-app.com (Green View Garden Cameron Highlands, 4 Menu Must Try At Avant Chocolate Cameron & Makan-Makan di Cameron)
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia