In the interest of the community
On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.
Review Makanan Menarik di Cameron Highlands, Malaysia
Avant Chocolate : Menu Wajib Dicuba
Aiskrim Buatan Sendiri
Avant Chocolate terkenal dengan produk aiskrim buatan tangan yang dihasilkan oleh Avant Chocolate yang diusahakan dibawah naungan Green View Garden. Pencui mulut ini adalah menu yang wajib dicuba kerana mengandungi buah-buahan segar yang dipetik dari ladang di kawasan Green View Garden.
Terdapat pelbagai pilihan aiskrim yang semestinya boleh membuat anda berasa rambang mata untuk dipilih. Setiap aiskrim buatan tangan ini mempunyai keistimewaan rasa yang tersendiri dan amat berbaloi dinikmati jika anda bercuti di Cameron Highlands ini.
Strawberry Strudel dan Strawberry Smoothie
Strawberry Strudel adalah salah satu pencuci mulut yang paling digemari oleh para pengunjung di Avant Chocolate. Strawberry Strudel mempunyai 3 lapisan pastry puff yang turut dilapis oleh buah-buahan segar dan roti putar.
Kombinasi pastry puff yang rangup disertakan dengan hirisan buah-buahan segar yang masam manis sangat sesuai dinikmati bersama Strawberry Smoothie. Hidangan sebegini wajib dicuba bagi mereka yang menggemari buah strawberi.
Aiskrim Strawberry Cameron Highlands
Menu ini lebih dikenali sebagai Strawberry Shaved Ice Dessert disebabkan asasnya adalah aiskrim strawberi dan dihiasi penuh dengan buah-buahan segar seperti strawberi, jagung, agar-agar, dan kacang merah. Menu ini sangat sesuai dikongsi bersama seisi keluarga.
Hidangan ini wajib dicuba bagi mereka yang meminati buah-buahan segar Cameron Highlands dan ia turut mempunyai rasa masam dan manis yang seimbang sesuai dinikmati oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Waktu beroperasi Avant Chocolate adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 6.30 petang.
Jika anda mengunjungi Avant Chocolate, anda wajib mencuba pelbagai hidangan disana dan jangan lupa beri feedback makanan anda kepada kami!
Source: Syazana Rashid – TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS – AVANT CHOCOLATE
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia