In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Restoran Makanan Jepun di Cameron Highlands yang Diiktiraf Halal

Credit Photo: @ms_fosetta

Sesiapa sahaja yang bercuti di suatu tempat pastinya ingin mencuba makanan budaya orang lain. Oleh itu, adakah anda salah seorang penggemar makanan Jepun atau teringin mencuba makanan Jepun di Cameron Highlands?

Bagi mereka yang Muslim, anda tidak perlu risau kerana lokasi yang akan diperkenalkan ini sudah pastinya mempunyai restoran yang telah diiktiraf Halal oleh JAKIM.


Restoran Makanan Jepun di Cameron Highlands yang Muslim-Friendly [Avant Cafe, Green View Garden]

Tidak dinafikan mencari makanan Jepun Halal lebih mudah di Kuala Lumpur atau Selangor berbanding kawasan luar bandar yang lebih mengutamakan produk dan citarasa tempatan.

Namun kini, anda tidak perlu risau lagi jika ingin menikmati makanan Jepun Halal di Cameron Highlands.

AVANT CAFE – GREEN VIEW GARDEN adalah lokasi popular yang wajib dikunjungi oleh kaki makan yang inginkan kelainan.

The Most Unique Short Getaway in Malaysia for Family
@nopall_hazz

Restoran Makanan Jepun di Cameron Highlands yang Diiktiraf Halal
@bella.roslan_

Untuk pengetahuan, restoran makanan Jepun yang diusahakan oleh Green View Garden Cameron Highlands ini mempunyai sijil Halal dan makanan yang disediakan disini juga berpandukan standard penyediaan makanan yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.

Oleh itu, pengunjung Muslim tidak perlu berasa was-was untuk merasai pelbagai menu makanan menarik di Green View Garden.

Hidangan seperti udon, bento, tempura, takoyaki, dan chicken karaage merupakan menu yang mampu buat sesiapa sahaja terliur jika terbayangkannya.


@kellyniam


@_caliens

Bukan hanya makanan sahaja yang nampak menarik, tetapi ruang makan dan reka bentuk restoran Avant Cafe ini amatlah unik, aesthetic dan selesa untuk dikunjungi.

Disini, anda juga berpeluang menikmati hidangan pencuci mulut atau minum petang yang menarik bertemankan suasana yang nyaman.


@_yenkye


@sunnytan62

Setiap hidangan disajikan dengan teliti oleh chef terlatih dan mereka sentiasa menggunakan bahan-bahan tempatan berkualiti, termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan segar dari ladang mereka.

Alamat:
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.
Phone: 05-498 1982
Website: www.greenviewgarden.com

   


*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia