In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

toonarmies_99.56.39
IG: @toonarmies_99.56.39

Mengapa percutian mesra bajet boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk hiburkan hati anak-anak?

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan untuk membeli jiwa anak-anak tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak dan mampu dilaksanakan dalam masa satu hari.

Apa yang penting bagi mereka hanyalah kehadiran dan aktiviti bersama ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa sebaiknya memanfaatkan waktu ini dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak.

Namun begitu, ramai ibu bapa menghadapi kesulitan mencari idea untuk merancang lokasi atau aktiviti yang menyeronokkan bagi anak-anak. Justeru itu, berikut adalah saranan kami untuk memudahkan anda dalam merancang percutian bajet bersama keluarga:

Lokasi Percutian Bajet: Green View Garden, Cameron Highlands

Credit: Tom Fitree

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan jika anda memilih untuk membawa keluarga bercuti di Cameron Highlands. Green View Garden adalah lokasi terbaik untuk anda kerana ia merupakan salah satu tempat family-friendly yang popular di Cameron Highlands.

Green View Garden turut terkenal dengan Avant Chocolate & Ice Cream, dimana mereka menghasilkan coklat jenama sendiri dan ice cream buatan tangan yang pelbagai perisa dan corak.

Kedudukan lokasi Green View Garden Cameron Highlands amatlah strategik, agak jauh dari pusat bandar Cameron Highlands tetapi tidak jauh dengan Kuala Lumpur. Oleh itu, anda anda tidak perlu risau tentang kesesakan jalan yang berpanjangan.

Green View Garden semestinya destinasi pilihan ideal untuk percutian bajet keluarga kerana tiada bayaran masuk, manakala tempat letak kereta juga disediakan secara PERCUMA.

* Bayaran hanya dikenakan untuk aktiviti sampingan dan makanan di restoran sahaja.


Biarkan Anak-Anak Terokai Keunikan dan Keindahan Lestari Alam Semulajadi

Objektif utama percutian ini adalah untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan sekaligus menghiburkan anak-anak melalui pelbagai aktiviti menarik. Ini juga merupakan fokus utama pembangunan Green View Garden.

Tempat sebegini memberikan peluang kepada ibu bapa untuk membolehkan anak-anak menerokai keindahan dunia dengan bermain & memberi haiwan ternakan makan, memetik buah-buahan segar, mencuba pelbagai aktiviti di arked permainan, dan banyak lagi.

Percutian Bajet Dalam Malaysia Khas untuk Hiburkan Anak-Anak
IG: @iyla8990

Percutian Bajet Dalam Malaysia Khas untuk Hiburkan Anak-Anak
IG: @jexusl

Percutian Bajet Dalam Malaysia Khas untuk Hiburkan Anak-Anak
IG: @toonarmies_99.56.39

Percutian Bajet Dalam Malaysia Khas untuk Hiburkan Anak-Anak
IG: @siti7646

Sesekali bawa keluarga nikmati keindahan alam jauh dari kesibukan kota sambil menyemai sifat cintakan alam pada diri anak-anak adalah perkara yang juga boleh membawa kebahagian dan ketenangan untuk ibu bapa.

Alamat:
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.
Phone: 05-498 1982
Website: www.greenviewgarden.com

   


*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia