In the interest of the community
On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.
Bagi sesetengah ibubapa atau anda yang menginginkan percutian singkat dan tidak jauh dari kota, Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron adalah lokasi percutian yang menarik untuk diterokai.
Umum mengetahui, Cameron Highlands mempunyai pelbagai lokasi tarikan pelancong untuk dikunjungi, namun bagaimana pula dengan tempat makan menarik dan halal untuk dinikmati?
Jika anda inginkan sesuatu kelainan dan sesuai untuk percutian singkat, anda wajib kunjungi Green View Garden dan Avant Chocolate. Tempat ini menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk dilawati, namun di sini kami akan kongsikan tempat makan menarik di Cameron Highlands yang wajib singgah sekiranya berpeluang berkunjung ke Green View Garden.
Sajian Makanan Halal di Green View Garden Yang Wajib Dicuba
Green View Garden merupakan salah satu lokasi yang menawarkan 2 tempat makan menarik di Cameron Highlands dan kedua-dua restoran tersebut menyajikan pelbagai menu makanan istimewa yang diiktiraf Halal oleh JAKIM.
Ini bermakna semua makanan yang disediakan sudah tentunya mengikut peraturan tertentu dan dibenarkan bagi orang yang menganut agama Islam.
Green View Cafe
Green View Cafe adalah tempat makan popular di Cameron Highlands, Malaysia yang menawarakan pelbagai pilihan hidangan Western atau barat yang lazat dan mesra Muslim.
Restoran ini menghidangkan makanan Halal yang mampu memuaskan citarasa anda dari hidangan burger, pasta, sandwich, dan steak. Tambahan lagi, semuakan makanan yang disediakan menggunakan bahan-bahan segar dan disajikan dengan penuh teliti dan mematuhi garis panduan makanan Halal.
Selain daripada hidangan menu utama yang lazat, Green View Cafe turut terkenal dengan hidangan pencuci mulut yang boleh buat anda rambang mata untuk memilih. Hidangan ini termasuklah pelbagai aneka kek, pastri, aiskrim dan banyak lagi.
Lihat video dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai menu pilihan yang anda patut cuba di Green View Cafe:
@myfoodie_vlog
1 lg cafe yg berbaloi utk singgah di Cameron Highlands! Haritu balik lalu simpang pulai singgah sini.. makanan sedap & environment mmg bess 👍😁😁 👉🏻Foods 8/10⭐️ 👉🏻Environment 8/10⭐️ 👉🏻Price 7/10⭐️ Sape dh penah try? Cer komen.. In collaboration with @ saji.my_ Avant Chocolate 📍Cameron Highlands ⏰ Dibuka setiap hari 9pg-6.30ptg #trending #viral #explore #yummy #explore #foodies #food #foodporn #makanlokal #foodreview #foodblogger #foodhunter #shotoniphone #malaysianfood #cafe #vlog #selangor #photography #breakfast #jjcm #fyp #makansedapselangor #makanmana #makansedap #avantchocolate #cameronhighlands
♬ Guitar instrument pop – Margarita
Avant Cafe
Jika anda peminat masakan Asian Fusion dan Jepun, Avant Cafe adalah pilihan tepat untuk anda dan ia turut dikenali sebagai lubuk permata bagi mereka yang kaki foodie. Di samping itu, suasana dekorasi dalaman restoran Avant Cafe amatlah sesuai bagi mereka yang suka bersantai sambil menikmati makanan lazat.
Untuk makluman, Avant Cafe adalah restoran pertama di Cameron Highlands yang menyajikan makanan Jepun Halal yang diinspirasikan oleh Asian Fusion.
Avant Cafe sentiasa memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan berasaskan sumber tempatan yang segar, sama ada dari hidangan bento, udon, takoyaki, tempura dan sebagainya.
@_fattymiamirdad
@fishead2003
@georgina.eat.drink
@_yenkye
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia