In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Tempat Menarik Untuk Bercuti di Malaysia: Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan salah satu destinasi pelancongan utama negara Malaysia yang terletak di negeri Pahang, Malaysia. Cameron Highlands amat terkenal dengan pemandangan yang indah jauh dari kesibukan kota, serta beriklim sejuk.

Justeru itu, tidak hairanlah jika banyak pelancong dari luar dan dalam negara memilih Cameron Highlands sebagai tempat untuk beristirehat sambil meluangkan masa bersama orang yang tersayang. Kini, terdapat pelbagai tarikan pelancong yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Cameron Highlands disebabkan oleh kedudukan Geografiknya yang menarik serta tanah yang subur sesuai untuk menghasilkan tanaman segar seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, tanaman hiasan dan juga penternakan haiwan yang memerlukan cuaca sejuk untuk membiak.

Destinasi Idaman di Cameron Highlands: Avant Chocolate & Green View Garden

Avant Chocolate & Ice Cream terletak di Kampung Raja, Cameron Highlands dan ia menjadi salah satu destinasi idaman untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk makluman, Avant Chocolate diusahakan oleh Green View Garden dan anda akan menjumpainya disebelah kiri pemanduan anda jika melalui jalan Simpang Pulai dari Ipoh.

Anda berpeluang menerokai pelbagai tarikan menarik di dalam satu kawasan yang sama kerana kedudukan Avant Chocolate dan Green View Garden yang terletak bersebelahan sahaja. Tempat ini sangat sesuai untuk beriadah bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak dan juga golongan dewasa yang ingin bersantai.

Aktiviti Menarik Untuk Percutian Anda

Green View Garden terkenal dengan keindahan flora berwarna-warni yang menghiasi kawasan premis dan terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung yang boleh diterokai oleh semua peringkat umur. Bagi mereka yang meminati tumbuh-tumbuhan segar amat digalakkan untuk mengunjungi kawasan tapak semaian strawberi dan tapak semaian sayur-sayuran hidroponik.

Green View Garden turut menyediakan tarikan seperti boat paddling, dan mini petting zoo untuk aktiviti beriadah kanak-kanak, dan anda juga berpeluang untuk merakam memori bersama insan tersayang berlatarbelakangkan ladang lavender dan bunga berwarna-warni. Disamping itu, pengunjung juga boleh menerokai kawasan House of Lavender dan Make A Wish.

Makanan Menarik Untuk Santapan Anda

Di Green View Garden, anda dapat menikmati pelbagai hidangan menarik yang boleh membangkitkan selera anda dan semestinya halal. Green View Garden menyediakan hidangan Western Cuisine seperti pasta, burger, sandwich dan lain-lain. Selain itu, Green View Garden turut menyediakan Japanese Cuisine seperti bento, udon, takoyaki dan sebagainya.

Disamping itu, terdapat juga pencuci mulut yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan segar seperti buah strawberry yang dipetik dari taman Green View Garden. Anda boleh menikmati pelbagai pilihan menu pencuci mulut yang menyelerakan di Avant Chocolate & Ice Cream. Menu utama yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah aiskrim buatan tangan, strawberry strudel, smoothie strawberry dan banyak lagi.

Waktu Green View Garden dan Avant Chocolate beroperasi adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Jangan lepaskan peluang anda untuk melawati Green View Garden dan Avant Chocolate jika anda merancang percutian ke Cameron Highlands!


Source: Yanie Yusuf – AVANT CHOCOLATE CAMERON HIGHLANDS
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia