In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Anda masih mencari tempat percutian menarik di Cameron Highlands yang unik dan berbeza? Cameron Highlands adalah tempat perindustrian pelancongan menarik di Malaysia yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, udara yang nyaman dan sejuk, serta ladang teh dan strawberry. Justeru itu, banyak tempat tarikan pelancong dibangunkan di kawasan ini dan setiap tempat tersebut sudah tentu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Terokai Keajaiban di Cameron Highlands

Green View Garden

Green View Garden adalah destinasi pelancongan menarik yang masih ramai tidak tahu. Tiket masuk adalah PERCUMA! Lokasi ini amat sesuai untuk pelancong yang ingin merasai pelbagai perkara menarik dalam satu masa tanpa perlu menempuh perjalanan yang jauh dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Hal ini kerana, Green View Garden menawarkan dua konsep percutian menarik yang bersesuaian untuk pelancong yang menginginkan percutian yang santai atau diisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Green View Garden juga menjadi lokasi tumpuan keluarga untuk bercuti kerana disini turut menyediakan akses kemudahan untuk kanak-kanak.

Green View Garden terkenal dengan konsep reka bentuk taman yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan unik dan berwarna-warni yang boleh membuatkan pelancong rasa terpikat akan keindahan kawsan tersebut. Suasana ini diserikan lagi dengan bauan semerbak dari ladang lavender yang memberikan rasa ketenangan dalam diri pelancong yang singgah ke sini. Selain itu, kawasan taman ini turut menjadi lokasi popular untuk pelancong ber-OOTD yang berlatarbelakangkan pelbagai monumen menarik dan tarikan terbaru yang disediakan adalah karakter ‘My Neighbor Totoro’.

Selain daripada konsep reka bentuk taman yang unik, Green View Garden juga menyediakan kemudahan aktiviti beriadah untuk kanak-kanak dan keluarga, antaranya adalah tempat mini petting zoo, boat paddling, memetik buah-buahan segar, melihat pelbagai jenis burung di dalam sangkar dan banyak lagi. Memandangkan Cameron Highlands terkenal dengan buah strawberry, maka tidak lengkaplah jika tidak mencuba hidangan yang berasaskan strawberry ini. Jangan risau, Green View Garden menawarkan hidangan Halal dan bahan-bahan yang digunakan dipetik segar dari ladang sendiri.

Avant Chocolate

Tahukah anda, Avant Chocolate dan Green View Garden adalah dua perusahaan yang sama dan terletak bersebelahan sahaja? Berbanding dengan Greew View Garden, Avant Chocolate adalah kilang produksi yang terkenal dengan hidangan berasaskan coklat yang dihasilkan sendiri oleh kilang tersebut. Berikut adalah produk yang wajib dicuba jika singgah di Avant Chocolate, aiskrim buatan tangan Cameron Highlands yang dihasilkan daripada buah-buahn segar, strudel strawberry, smoothie strawberry, kek dan macam-macam lagi.

Selain itu, pelancong juga berpeluang untuk membeli pelbagai produk tempatan di Avant Chocolate seperti barangan berasaskan lavender, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Lokasi ini amat sesuai untuk para penggemar dessert dan coklat.

Waktu beroperasi Avant Chocolate dan Green View Garden adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 6.30 petang.

Jika anda inginkan percutian yang unik dan berbeza, maka ini adalah tempat percutian menarik di Cameron Highlands yang ramai tidak tahu!


Source: Addashuk – AVANT CHOCOLATE | GREEN VIEW GARDEN | TEMPAT WAJIB SINGGAH | TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND (YouTube & Blog)
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia