In the interest of the community
On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Cameron Highlands, Malaysia sering menjadi destinasi pilihan weekend gateway, lawatan sekolah, dan percutian keluarga. Namun, apakah tempat-tempat yang wajib anda singgah di Cameron Highlands?
Bagi mereka yang selalu bercuti ke Cameron Highlands, sudah tentu percutian anda tidak akan lengkap jika tidak mengunjungi tempat-tempat yang menjadi destinasi kegemaran.
Berikut kami kongsikan satu cadangan daripada seorang pengguna laman sosial TikTok mengenai tempat menarik di Cameron Highlands yang wajib dia kunjungi.
Tempat yang Menarik & Wajib Singgah di Cameron Highlands
Loading...
Alamat
609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai,
Kampung Raja, 39010, Pahang.
Hubungi
05-498 1982
Website
www.greenviewgarden.com
Waktu Operasi
9.00am – 6.30pm
Avant Chocolate & Ice Cream atau Green View Garden adalah destinasi yang wajib anda singgah jika anda melalui Laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat usia, maka tidak hairanlah jika ramai yang singgah sebentar untuk menerokai tempat ini.
Yang paling best, nak masuk tempat ini FREE sahaja!
Tarikan Menarik untuk Semua
Hasil Tanaman yang Segar
Percutian anda ke Cameron Highlands tidak akan lengkap jika tidak membeli hasil tanaman segar yang diperoleh dari tanah tinggi ini.
Selain buah strawberi, jagung manis dan bunga mekar berwarna-warni antara hasil tanaman tempatan yang sering dicari oleh pengunjung.
@bo.goaround
@bo.goaround
@zulkarnainamat
Hidangan Makanan Halal
Cuaca yang sejuk tidak akan menghalang anda daripada mencuba pelbagai pilihan aiskrim buatan Avant Chocolate.
Malah, hidangan Western atau Japanese-Asian Fusion turut menjadi pilihan ramai dan kepelbagaian dalam menu mereka ini sudah pasti akan buat anda rambang mata untuk mencuba.
@afif_abdulrazak
@yatrasid2
@christinechim
Taman Bunga Tersembunyi
Rugi rasanya jika anda tidak menerokai Green View Garden ini. Tahukah anda, tempat ini telah dinaiktaraf untuk menarik minat kaki fotografi dan OOTD.
Tempat ini berkonsepkan ‘indoor garden’ yang dihiasi dengan pelbagai backdrops yang unik seperti istana, dinausour slide, pintu warna-warni, menara kincir angin, dan banyak lagi.
@selina_nanalim
@nr.dynbtrsy
@atikahramli_96
Zon Mesra Kanak-Kanak
Selain dikenali sebagai ‘Instagrammable spot’, tempat ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.
Antara aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak termasuklah memberi dan membelai binatang ternakan, mengenali pelbagai spesis burung, boat paddling, dan macam-macam lagi.
@joelynnlavigne
@kit_ying22
@adrianmohweiwoei
Adakah anda masih merancang percutian seterusnya ke Cameron Highlands dan ingin rasai keunikan tempat sebegini?
Anda patut masukkan Avant Chocolate dan Green View Garden Cameron Highlands ke dalam senarai tempat yang wajib anda singgah. Tempat ini menawarkan kepelbagaian yang pasti akan buat anda berasa tidak menyesal untuk singgah.
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia