In the interest of the community

On our behalf, thank you to everyone who visited and featured us on your socials.

Aktiviti-Aktiviti Menarik di Cameron Highlands – Green View Garden

Panduan Bercuti Ke Green View Garden, Cameron Highlands

Green View Garden terletak di Kampung Raja, Cameron Highlands dan tempat ini banyak menerima pengunjung dari dalam dan luar negara Malaysia kerana Cameron Highlands mempunyai pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dan udara segar menjadikan tempat ini ideal untuk bersantai dan menikmati keindahan alam. Green View Garden menawarkan percutian yang unik sesuai bagi mereka yang inging beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Tambahan pula, Green View Garden diusahakan bersebelahan dengan Avant Chocolate yang terkenal dengan keunikan aiskrim buatan tangan. Kedua-dua tempat ini adalah dibawah naungan yang sama, maka pengunjung berpeluang untuk menerokai aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di situ. Fasiliti yang disediakan sangat selesa untuk digunakan oleh pengunjung untuk berehat dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Aktiviti-Aktiviti Menarik Yang Wajib Dilakukan di Green View Garden

Green View Garden menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua golongan usia. Antara aktiviti yang disediakan adalah, mini petting zoo, boat paddling, memetik buah strawberi dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin merakam momen bersama yang tersayang, anda boleh bergambar di kawasan taman yang dihiasi dengan bunga warna-warni dan berlatarbelakangkan pelbagai replika yang unik. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk menerokai kawasan House of Lavender dan Make A Wish.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk beristirehat sambil menjamu selera di Green View Cafe dan Avant Cafe. Green View Garden menawarkan hidangan yang berasaskan Western dan Japanese, seperti burger, sandwich, pasta, bento, udon, takoyaki dan sebagainya. Menu utama yang wajib anda cuba jika berada di sini adalah hidangan pencuci mulut sperti aiskrim buatan tangan, strawberry strudel, dan strawberry smoothie.

Kesimpulannya, Green View Garden dan Avant Chocolate sememangnya destinasi yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Dengan suasana yang nyaman dan selesa, pengunjung dapat merasai pelbagai pengalaman di dalam satu tempat sahaja.

Waktu Green View Garden dan Avant Chocolate beroperasi adalah pada setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bercuti di Green View Garden dan Avant Chocolate dan nikmatilah percutian yang anda tidak akan lupakan!


Source: Percutian Bajet – Green View Garden Cameron Highlands
*Disclaimer: No copyright infringement intended. All rights are reserved to the owner.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia