Cameron Highlands menjadi destinasi wajib bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota.
Tengah mencari tempat menarik di Cameron Highland untuk bercuti?
Suasana sejuk, udara nyaman, dan pelbagai pilihan tempat menarik menjanjikan pengalaman indah untuk keluarga, solo traveler, atau pasangan.
Blog kami menyenaraikan lebih 20 lokasi best termasuk tempat-tempat viral, aktiviti menarik dan info lengkap termasuk harga tiket!
#1 Hobbitoon Village
Credit Photos: Trip.com/Xiao Yong Wha
Hobbitoon Village adalah tempat viral di Cameron Highland sejak Januari 2024, menampilkan rumah Hobbit ala The Lord of the Rings.
Lokasi ini jadi tarikan Cameron Highlands untuk keluarga, dengan taman bunga, rumah Hobbit yang boleh dimasuk, dan kafe bertema di suasana sejuk.
Alamat: PT 24739 Mukim, 31300 Perak
Waze/Google Maps: Hobbitoon Village
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM40
• Kanak-kanak: RM20
#2 ESCAPE Cameron Highlands (Akan Dibuka)
Credit Photos: klook.com
ESCAPE Cameron Highlands akan menjadi salah satu tempat viral di Cameron Highland dengan konsep taman tema ala Eropah. Tempat ini memang wajib dmasukkan dalam senarai aktiviti di Cameron Highland anda apabila dibuka!
Ia akan menampilkan 1.2 km dry‑ski slope pertama di Malaysia, kereta kabel setinggi 920 m, serta lebih dari 20 tarikan termasuk ‘Gravity Play’ dan ‘Adventure Play’.
Alamat: Habu, Pahang (lokasi rasmi akan diumumkan)
Waze/Google Maps: Akan datang
Waktu Operasi: Akan diumum
Harga Tiket: Akan diumum
#3 The Views Glass House Cafe @ CH Flora Park
Credit Photos: Instagram/@theviews_cafe
The Views Glass House Cafe @ CH Flora Park adalah tempat menarik di Brinchang yang viral kerana estetik fotografi dan kek ‘Mossy Forest’.
Anda akan disambut pemandangan lembah menghijau, udara segar dan laluan taman indah, sesuai untuk keluarga dan pengembara yang nak IG shot yang cantik.
Alamat: FCX6+XP, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: The View Café Flora Park Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 10.00am – 6.00pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#4 A’Moss Farmstay (Glamping Dome)
Credit Photos: Booking.com
A’Moss Farmstay menawarkan pengalaman glamping unik dalam dome telus dengan pemandangan ladang teh & hutan lumut.
Viral di media sosial dan sesuai untuk mereka yang ingin tidur bawah bintang dalam keselesaan ala hotel di atmosfera alam.
Alamat: Amoss Road, Kampung Gerak Sepadu,39000, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: A’moss
Waktu Operasi:
• Setiap hari – Perlu booking dulu
Harga Tiket: Bayar untuk penginapan
#5 Green View Garden
Green View Garden adalah tempat menarik di Cameron Highland dari Simpang Pulai yang wajib disinggah.
Selain taman bunga tersusun, kebun strawberi dan ladang sayur hidroponik, tempat ini juga menawarkan aktiviti mesra keluarga seperti mini petting zoo, paddle boat, feed the birds dan restoran Halal.
Alamat: 609, Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010 Pahang
Waze/Google Maps: Green View Garden Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.30pm
Harga Tiket:
• Masuk percuma (Free entry)
• Makanan haiwan: RM4
#6 Cameron Centrum
Credit Photos: explorecamerons.com
Cameron Centrum Mall adalah tempat menarik dari Simpang Pulai dan viral sebagai “mall sejuk atas bukit”.
Suasana ala plaza Eropah ini yang banyak pilihan makanan, cenderamata dan juga carousel, bas elektrik dan rides sesuai untuk yang berkeluarga.
Alamat: F9WQ+2R, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Cameron Centrum
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#7 The Sheep Sanctuary
Credit Photos: Trip.com/Don’tbeRedEyeMonster, klook.com, Instagram/@placesmalaysia
The Sheep Sanctuary menawarkan pengalaman interaktif memberi makan dan menyentuh biri-biri serta alpaca.
Ramai pengunjung telah review tempat ini adalah rare dan seronok, sesuai untuk seisi keluarga terutamanya anak-anak.
Alamat: Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: The Sheep Sanctuary
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 5.30pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM12
• Kanak-kanak : RM7
#8 Pasar Malam Cameron Highlands
Credit Photos: Booking.com, cameronhighland.net
Pasar Malam (Night Market) Cameron Highlands adalah tempat yang wajib singgah, terutamanya untuk keluarga, solo traveler, dan penggemar makanan jalanan.
Bermula sekitar jam 4 petang, pasar malam ini penuh dengan gerai menjual sayur segar, jagung bakar, steamboat, snek tempatan serta cenderahati. Anda boleh jumpa menu unik seperti jagung strawberi dan iceberg pear!
Alamat: 12, Jalan Golden Hills 1, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Pasar Malam Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Sabtu & Ahad: 3.00pm – 11.30pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#9 Kuala Terla Air Swing
Credit Photos: jomjalan.com.my, whereismai.com. visitpahang.my
Kuala Terla Air Swing adalah salah satu tempat menarik di Cameron Highland yang kini viral sebagai aktiviti adrenalin dan “Insta‑worthy”.
Gayakan pos sambil diayun buai besar dikelilingi pemandangan Cameron Highlands mungkin agak menakutkan tapi memang berbaloi!
Alamat: Cameron Adventurous ATV & Safari
Waze/Google Maps: Cameron Adventurous ATV & Safari
Waktu Operasi:
• Selasa hingga Jumaat: 10.00am – 6.00pm
• Sabtu hingga Isnin: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket: RM10
#10 Healthy Strawberry Farm
Credit Photos: petitgo.com, tripadvisor.com
Healthy Strawberry Farm adalah salah satu strawberry farm Cameron Highland yang lebih tenang dan kurang sesak.
Pengunjung sukakan suasananya untuk memetik sendiri atau beli strawberry segar, makan aiskrim dan waffles, tanpa tekanan.
Alamat: Jalan Rumah Persekutuan, Cameron Highland, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Healthy Strawberry Farm
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 7.30am – 7.00pm
Harga Tiket:
• 500g strawberi petik sendiri + 2 pax: RM35
#11 BOH Tea Centre (Sungei Palas Garden)
Credit Photos: explorecamerons.com, foodveler.com
BOH Sungei Palas adalah tempat menarik di Cameron Highlands paling ikonik untuk keluarga dan pencinta fotografi.
Terkenal dengan pemandangan ladang teh bertingkat, platform tinjau setinggi 6 meter dan pengalaman minum teh sambil menyaksikan panorama hijau yang menenangkan.
Alamat: Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Boh Tea Centre Sungei Palas
Waktu Operasi:
• Selasa hingga Ahad: 8.30am – 4.30pm.
• Isnin: Tutup
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#12 Agro Technology Park MARDI
Credit Photos: cameronhighland.net
Agro Technology Park MARDI adalah tempat menarik untuk keluarga dan pencinta pertanian.
Anda boleh melihat taman hidupan tumbuhan moden, dari hidroponik, orkid, strawberi hingga buah anggur. Terdapat juga aktiviti interaktif dan didikan yang kanak-kanak pasti suka.
Alamat: Tanah Rata, 39007 Tanah Rata, Pahang
Waze/Google Maps: Agro Technology Park MARDI Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 8.00am – 5.00pm
• Selasa: Tutup
Harga Tiket: RM10
#13 Mossy Forest
Credit Photos: tripadvisor.com.my
Mossy Forest ialah tempat menarik di Cameron Highlands yang paling menakjubkan dengan pokok berselaput lumut tebal, jambatan papan dan udara sejuk.
Ia sesuai untuk mereka yang suka kembara atau yang nak gambar ala fantasi. Tapi, laluannya agak sempit dan sedikit licin, jadi pengunjung digalakkan pakai kasut yang sesuai.
Alamat: Gunung Brinchang, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Mossy Forest Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 4.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM30 untuk dewasa
• Beli tiket online atau dengan tour guide
#14 Opah Strawberries & Jams
Credit Photos: Facebook/Opah Strawberries & Jams
Opah Strawberries & Jams adalah tempat unik yang menggabungkan ladang strawberi dan café dengan hidangan kreatif seperti nasi lemak strawberi dan mee kari strawberi.
Pelanggan boleh membeli jem strawberi homemade, menjamu minuman dan dessert strawberi segar sambil menikmati suasana ladang yang tenang dan “instagrammable”.
Alamat: No 30 Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waze/Google Maps: Opah Strawberries & Jams
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 8.00am – 3.30pm | 4.30pm – 10.30pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#15 Lavender Garden (Cameron Lavender)
Credit Photos: Instagram/@cameronlavender__
Cameron Lavender Garden adalah tempat yang popular untuk taman lavender dan kafe bunga. Dari bulan Mac hingga Julai, kebun lavender mekar penuh, terbaik untuk bergambar.
Ada juga kiosk ais krim lavender dan gerai pastri. Harga tiket dikritik sebagai agak tinggi, tetapi masih digemari kerana “insta‑worthy”.
Alamat: 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waze/Google Maps: Cameron Lavender Garden
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Tiket masuk: RM20
• Memetik strawberi: RM12
#16 Cameron Valley Tea House 1
Credit Photos: Instagram/@cameronvalleytea
Cameron Valley Tea House adalah tempat terbaik untuk mereka yang sukakan suasana healing sambil menikmati teh menghadap kehijauan kebun teh.
Destinasi ini terkenal di media sosial kerana platform tinjau dan teres kehijauan yang cantik untuk bergambar.
Alamat: 34 Mile, 39000, Pahang
Waze/Google Maps: Cameron Valley Tea House 1
Waktu Operasi:
• Isnin hingga Jumaat: 8.30am – 7.30pm
• Sabtu & Ahad: 8.00am – 7.30pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#17 Rose Valley
Credit Photos: tripadvisor.com.my
Rose Valley merupakan tempat mengagumkan dengan sekitar 450 jenis ros yang terletak di Tringkap, Brinchang.
Laluan berturap, hamparan bunga dan arca unik menjadikannya sesuai untuk keluarga, kanak-kanak dan pencinta fotografi.
Alamat: Tringkap, Brinchang
Waze/Google Maps: Rose Valley Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.30am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM5
• Kanak-kanak: RM3
#18 Cactus Valley
Credit Photos: cameronhighland.net
Cactus Valley terletak di Brinchang merupakan tempat yang pasti memukau peminat tumbuhan unik.
Ia mempamerkan pelbagai jenis kaktus dan tanaman hiasan. Banyak review menyatakan ia sesuai untuk santai bergambar, terutama jika anda sudah sampai berhampiran Big Red Strawberry Farm.
Alamat: Cactus Valley, Pekan lama, 39100 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Cactus Valley Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 8.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM8
• Kanak-kanak: RM5
#19 Big Red Strawberry Farm
Credit Photos: cameronhighland.net
Big Red Strawberry Farm merupakan strawberry farm Cameron Highland yang terkenal dengan konsep “petik dan rasa”.
Di lokasi popular untuk keluarga ini, anak-anak boleh bantu petik strawberi, cuba waffle strawberi dan smoothie segar dalam suasana ladang yang dipenuhi dengan tanaman hijau segar.
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
Waze/Google Maps: Big Red Strawberry Farm
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Deposit untuk 2 orang: RM100
• Bayar ikut berat strawberi yang dipetik sahaja
#20 KHM Strawberries & Jam
Credit Photos: Facebook/KHM Strawberries & Jam
KHM Strawberries & Jam terkenal dengan scone panas-panas dan jem strawberi homemade. Sesuai untuk breakfast santai dan membeli jem serta pastri tempatan.
Ini antara tempat wajib pergi di Cameron Highland kerana citarasa autentik dan suasana tenang.
Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia, 39000, Pahang
Waze/Google Maps: KHM Strawberry Farm
Waktu Operasi:
• Isnin hingga Khamis: 8.00am – 5.00pm
• Jumaat hingga Ahad: 8.00am – 6.00pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
#21 Meiko Strawberry Souvenir Shop
Credit Photos: cameronhighland.net
Meiko Strawberry Souvenir Centre adalah tempat best di Cameron Highland untuk sesiapa yang mencari kedai cenderamata, mini ladang strawberi dan kafe strawberi.
Lokasi ini memang sesuai untuk beli pelbagai ole-ole seperti keychain, magnet, mainan, dan banyak lagi.
Alamat: Pasar Malam Kea Farm, Green Cow Central Market, 39010 Tanah Rata, Pahang
Waze/Google Maps: Meiko Strawberry Souvenir Centre
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 8.00am – 6.00pm
Harga Tiket: Bayar untuk pembelian sahaja
Jom Singgah Tempat-Tempat Menarik di Cameron Highland
Ini adalah senarai tempat menarik di Cameron Highland yang lengkap untuk pengalaman anda pada tahun 2025.
Dari ladang strawberi, hutan lumut mistik, hingga tempat viral dan mesra keluarga, semua ada di sini.
Untuk pengalaman terbaik yang mudah dikunjungi, santai dan mesra bajet, singgahlah Green View Garden yang pasti meninggalkan kenangan indah!
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia