![10 Destinasi Patriotik untuk Cuti Sempena Merdeka [2025]](https://www.greenviewgarden.com/wp-content/uploads/2025/08/header-10-destinasi-patriotik-untuk-cuti-sempena-merdeka-2025.jpg)
Tengah cari destinasi menarik untuk cuti sempena Merdeka 2025?
Di sini kami senaraikan 10 tempat menarik di Malaysia untuk bercuti, khas untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-68.
Dari sejarah penuh inspirasi sampai pemandangan menenangkan jiwa – semuanya mesra keluarga dan sesuai untuk cuti sempena Merdeka bersama orang tersayang.
#1 Putrajaya – Dataran Putrajaya
Nak rasa semangat patriotik paling tinggi? Inilah lokasinya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung di Dataran Putrajaya. Setiap tahun, tempat ini dipenuhi dengan warna-warni bendera, perarakan, pancaragam dan pertunjukan udara yang memukau.
Aktiviti untuk anak-anak pun banyak, dari pameran kereta perisai hinggalah ke booth interaktif agensi kerajaan.
Parking luas, kawasan bersih, dan paling penting, rasa bangga jadi rakyat Malaysia memang terasa.
#2 Kuala Lumpur – Dataran Merdeka
Di sinilah pengisytiharan kemerdekaan dilakukan buat kali pertama. Jika anda berada di KL, jangan lepaskan peluang untuk tengok pertunjukan bunga api tengah malam pada 31 Ogos nanti!
Bawa anak jalan-jalan sekitar kawasan Sultan Abdul Samad Building dan Muzium Tekstil Negara – semuanya boleh pergi hanya dengan berjalan kaki.
#3 Pulau Pinang
Pulau Pinang adalah antara tempat menarik di Malaysia yang kaya dengan budaya. Lawati Fort Cornwallis, jalan-jalan di George Town (UNESCO World Heritage Site), dan bergambar di hadapan Cheong Fatt Tze Mansion.
Kalau nak tenang, naik Penang Hill dan nikmati pemandangan pulau dari atas.
Selain itu, Hari Malaysia 2025 akan disambut di Pusat Konvensyen PICCA, jadi bolehlah sambil cuti sambut acara ini juga.
#4 Cameron Highlands
Tempat best di Cameron Highland memang sesuai untuk cuti sempena Merdeka. Kawasan ini bukan je tenang, tapi juga penting dalam sejarah pertanian dan ekonomi negara.
Senibina kolonial, campuran budaya dan udara nyaman memang buat hati damai.
Jangan lupa singgah Green View Garden yang sediakan tempat makan halal, tanaman dan tempat gambar cantik. Memang destinasi di Malaysia yang kids-friendly!
![10 Destinasi Patriotik untuk Cuti Sempena Merdeka [2025]](https://www.greenviewgarden.com/wp-content/uploads/2025/08/10-destinasi-patriotik-untuk-cuti-sempena-merdeka-2025_01.jpg)
#5 Terengganu – Dataran Muara Utara
Majlis Ambang Merdeka 2025 akan berlangsung di sini pada 30 Ogos.
Terengganu juga terkenal dengan Muzium Negeri Terengganu, iaitu muzium yang terbesar di Asia Tenggara.
Nak explore budaya tempatan? Lawati Kampung Cina dan Masjid Kristal.
Jangan lupa, Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 juga akan singgah ke sini – jadi suasana sambutan memang meriah habis!
#6 Melaka
Ini adalah antara tempat menarik di Malaysia untuk bercuti penuh sejarah. Dari Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, St. Paul’s Church hingga ke Porta De Santiago, semuanya boleh dilawati dalam sehari.
Sertai juga Larian Dalam Taman di Ayer Keroh – aktiviti sihat sambil meraikan Merdeka.
Jangan lupa pusing-pusing Jonker Street cari cenderahati dan makanan unik!
#7 Johor
Anak-anak pasti seronok di Experia Merdeka pada 30-31 Ogos di Educity. Ada pelbagai aktiviti interaktif dan persembahan budaya.
Boleh juga lawati Istana Besar untuk kenal sejarah Kesultanan Johor.
Kalau suka beli-belah, banyak outlet dan kafe mesra kanak-kanak dekat sekitar kawasan ini.
#8 Kota Kinabalu, Sabah
Sabah tak ketinggalan menyambut Hari Sabah pada Ogos. Lawati lokasi bersejarah seperti Atkinson Clock Tower, Padang Merdeka dan Kampung Warisan.
Tempat menarik yang ramai tidak tahu di Sabah juga termasuk tarikan semula jadi seperti Taman Tun Fuad dan Taman Ular Lok Kawi.
Penuh pengalaman bermakna untuk anak-anak.
![10 Destinasi Patriotik untuk Cuti Sempena Merdeka [2025]](https://www.greenviewgarden.com/wp-content/uploads/2025/08/10-destinasi-patriotik-untuk-cuti-sempena-merdeka-2025_02.jpg)
#9 Perak
Jom ke Bulatan Sultan Azlan Shah untuk Sambutan Ambang Merdeka 2025 yang penuh budaya dan warna.
Lawati bangunan bersejarah seperti Kellie’s Castle dan Muzium Diraja Perak.
Sesuai sebagai tempat menarik bawa anak bercuti sambil bercerita pasal sejarah negara.
#10 Langkawi
Selain pantai cantik, Langkawi ada banyak tempat menarik untuk kanak-kanak. Dari Laman Padi, Galeria Perdana, ke Underwater World – semuanya menambah ilmu sambil bercuti.
Sambut Merdeka dengan naik SkyCab dan nikmati tawaran istimewa Skycab Merdeka. Jangan lupa singgah ke Syoq2 Mengai Merdeka – satu festival rakyat yang memang best!
Luangkan Masa Bersama Keluarga Untuk Cuti Sempena Merdeka
Cuti sempena Merdeka tahun ini bukan sekadar bercuti.
Ia peluang untuk anak-anak kenal erti perjuangan, menghargai budaya, dan paling penting – luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Jom rancang percutian ke Cameron Highlands dan singgah ke Green View Garden – tempat mesra kanak-kanak, penuh aktiviti, makanan sedap dan suasana cantik untuk bergambar.
#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia


