Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak

Tengah merancang percutian di Cameron Highlands bersama anak-anak?

Tapi tak tahu lokasi mana yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak?

Di sini kami menyenaraikan tempat-tempat sesuai untuk kanak-kanak – lengkap dengan aktiviti, lokasi, waktu operasi dan harga.

Inilah antara tempat menarik di Cameron Highland berserta harga tiket yang berbaloi untuk sekeluarga.

Paling penting, semua tempat dalam senarai ini adalah selamat dan mesra kanak-kanak, jadi ibu bapa boleh bercuti dengan tenang.


#1 The Sheep Sanctuary

Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Credit Photos: Google Reviews (Muhsina Hassan, FaSya Jaz, Clo’s Laobu)

The Sheep Sanctuary adalah tempat mesra anak kecil untuk beri makan biri-biri, alpaka dan kambing.

Semua haiwan jinak dan sihat, menjadikan pengalaman ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak belajar bertanggungjawab dan kasih sayang terhadap haiwan.

Alamat: Pasar Malam Kea Farm, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: The Sheep Sanctuary
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 5.30pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM12
• Kanak-kanak : RM7

#2 Hobbitoon Village

Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Credit Photos: Google Reviews (Samim Academy, Norman Bin Mohd Tahar, Fadhlina Abd Jalil)

Hobbitoon Village menjadi tempat viral di Cameron Highland sejak awal 2024.

Di sini anak-anak boleh meneroka rumah Hobbit ala Lord of the Rings, berjalan di taman mini penuh warna, dan makan di kafe bertema.

Lokasi ini selamat dan mudah diakses, serta memberi peluang untuk ibubapa ambil foto kenangan keluarga dalam persekitaran alam fantasi. 

Alamat: Hobbitoon Village
Waze/Google Maps: Hobbitoon Village
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM40
• Kanak-kanak : RM20

#3 Green View Garden

Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Credit Photos: Google Reviews (Let’s Go, COOL MEN, Ella Tee)

Green View Garden adalah tempat menarik di Cameron Highland dari Simpang Pulai yang lengkap dengan taman bunga, ladang strawberi, paddle boat dan mini zoo.

Anak-anak boleh memberi makan kambing, burung dan bergambar dengan patung Totoro. Terdapat juga kafe halal mesra keluarga.

Lokasi santai ini sesuai untuk kanak-kanak dan ibubapa yang nak tenangkan badan dan minda dalam keindahan suasana sejuk.

Alamat: 609, Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010 Pahang
Waze/Google Maps: Green View Garden Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.30pm
Harga Tiket:
• Masuk percuma (Free entry)
• Makanan haiwan: RM4

#4 Big Red Strawberry Farm

Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Credit Photos: Google Reviews (Larissa Terumi Arashiro, Ali T, Ain Mjais)

Big Red Strawberry Farm ialah strawberry farm Cameron Highland terkenal di kalangan keluarga.

Si kecil boleh petik strawberi segar dari pokok, cuba jus dan ais krim strawberi di gerai. Ada juga taman hidroponik untuk pelajaran alam secara praktikal.

Aktiviti santai ini menggalakkan kanak-kanak belajar sambil berseronok. Tempat menarik di Cameron Highlands ini sangat berfaedah dan selamat untuk anak-anak.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
Waze/Google Maps: Big Red Strawberry Farm
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Deposit untuk 2 orang: RM100
• Bayar ikut berat strawberi yang dipetik sahaja

#5 Animal Feeding Rainbow Garden

Tempat Menarik di Cameron Highland untuk Kanak-Kanak
Credit Photos: Google Reviews (Abby Sha, Thanabalan Sengoda, Muhsina Hassan)

Animal Feeding Rainbow Garden adalah lokasi ringkas tapi penuh warna dan keceriaan.

Anak-anak boleh beri makan arnab, burung parakeet dan haiwan-haiwan lain.

Suasana taman pelangi menceriakan, dengan aktiviti haiwan menjadikannya tempat best di Cameron Highland untuk keluarga.

Alamat: F98P+98, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waze/Google Maps: Animal Feeding Rainbow Garden, Tanah Rata
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 6.30pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM10
• Kanak-kanak 3 – 12 tahun: RM5

#6 Mossy Forest


Credit Photos: Instagram/@mossyforestcameronhighlands

Mossy Forest adalah destinasi alam semula jadi yang sejuk dan mistik, antara tempat best di Cameron Highland.

Laluan papan cukup selamat untuk kanak-kanak meneroka hutan lumut. Anak-anak dapat belajar tentang ekosistem gunung ini sambil bernafas udara segar.

Aktiviti di lokasi nyaman pasti buat mereka teruja dan tenang.

Alamat: Gunung Brinchang, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Mossy Forest Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 9.00am – 4.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM30
Kanak-kanak: RM10
• Beli tiket online atau dengan tour guide

#7 Highlands Apiary Farm, Bee Farm, Strawberry Farm


Credit Photos: Google Reviews (cs lee, fong mun hin,Thunder Loi)

Highlands Apiary Farm menampilkan pameran lebah dan sarang yang selamat untuk dilihat dari jarak dekat.

Anak-anak diajar teknik mendapatkan madu asli. Selain itu ada ladang strawberi untuk bersiar bersama dan rasa strawberi yang segar.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tapi bermanfaat kerana kanak-kanak dapat belajar tentang pertanian dan pemahaman alam semula jadi di Cameron Highlands.

Alamat: Jalan BOH, Tanah Rata, 39000 Ringlet, Pahang
Waze/Google Maps: Highlands Apiary Farm, Jalan Boh Ringlet, Tanah Rata
Waktu Operasi:
• Setiap hari: 10.00am – 6.00pm
Harga Tiket:
• Masuk percuma* (Free entry*)

#8 ZooMania De’ Butterfly Farm


Credit Photos: Instagram (@nurfir_zolkifli, @lidiya.ajmn, @mazlinamohamad)

ZooMania De’ Butterfly Farm merupakan taman rama-rama, haiwan seperti reptilia dan serangga tempatan.

Kanak-kanak boleh lihat rama-rama berterbangan bebas dalam tempat selamat sambil belajar tentang spesies eksotik.

Terdapat juga pameran pendidikan yang menjadikannya tempat menarik di Cameron Highlands untuk kanak-kanak yang suka haiwan dan alam.

Alamat: 43RD miles, 39100 Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang, 39100, Pahang
Waze/Google Maps: ZooMania De’ Butterfly Farm Cameron Highlands
Waktu Operasi:
• Isnin – Jumaat: 9.00am – 6.00pm
• Sabtu & Ahad: 8.30am – 7.00pm
Harga Tiket:
• Dewasa: RM15
• Kanak-kanak: RM10

#9 Holiday’s Park Fun Fair


Credit Photos: Google Reviews (David “The Explorer” Hogan Jr)

Holiday’s Park Fun Fair di Cameron Square, Brinchang menawarkan kereta go-kart mini, trampolin, carousel dan permainan outdoor ringan.

Anak-anak boleh bebas bermain dalam suasana udara sejuk sambil ibubapa duduk santai mengawasi.

Ini adalah lokasi menarik di cameron highland untuk kanak-kanak yang aktif kerana ruangnya yang besar untuk bebas bermain dengan selamat.

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Holiday’s Park Fun Fair, Brinchang
Waktu Operasi:
• Setiap Hari: Tengahari – Lewat Malam
Harga Tiket:
• Masuk percuma (Free entry)
• Setiap Permainan: RM2 – RM10
• Akses Sehari Tanpa Had: RM50

#10 Cameron Night Market


Credit Photos: centurypineresort.com

Cameron Night Market di Brinchang adalah tempat menarik di Cameron Highlands yang riuh dan ditunggu-tunggu.

Terdapat pelbagai jualan makanan tempatan seperti jagung bakar, ubi, strawberi salut coklat, dan cenderamata.

Anak-anak boleh merasa makanan ringan sambil berjalan bersama keluarga di kawasan malam yang meriah, sambil menikmati suasana tanah tinggi.

Alamat: 25, Jln Golden Hills 7, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Waze/Google Maps: Cameron Night Market, Brinchang
Waktu Operasi:
• Sabtu & Ahad: 3.00pm – 11.30pm
• Isnin – Jumaat: Tutup
Harga Tiket:
• Bayar untuk pembelian sahaja


Percutian Mesra Keluarga di Cameron Highlands

Kalau anda tengah rancang percutian di Cameron Highland, pastikan anak-anak juga seronok!

Dari animal petting, ke taman tema kecil dan ladang strawberi, setiap lokasi ini menawarkan pengalaman berbaloi untuk keluarga.

Lengkapkan percutian anda dengan menyinggah Green View Garden, destinasi paling sesuai untuk seisi keluarga dari Simpang Pulai.


#gvgandme #visitmalaysia #backpackers #malaysiatourism #cuticutimalaysia

Related Posts

Green View Garden Cameron Highlands Malaysia